HIMPUNAN Keretapi Sarong 2023 yang berlangsung di ibu negara berjaya memikat lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum dalam menunjukkan rasa cintakan negara sempena sambutan Hari Malaysia, hari ini.
Program itu berjaya menghimpunkan rakyat yang mengenakan pelbagai jenis kain sarung dan busana tradisional, menggunakan pengangkutan awam terutamanya transit aliran ringan (LRT) dan KTM Komuter.
Kesemua peserta berkumpul di KL Sentral sebelum menaiki LRT beramai-ramai ke tempat perhimpunan utama di Dataran merdeka.
Para peserta menunjukkan ekspresi cintakan tanahair dengan menari dan menyanyi lagu-lagu rakyat serta lagu berentak irama Malaysia.
Himpunan itu berjaya menyemai nilai perpaduan antara kaum yang kebanyakan peserta mengenakan busana etnik-etnik yang terdapat di Malaysia seperti Iban, Kadazan, Baba dan Nyonya. – Media Perpaduan