Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Seramai 744 pemegang pas di bawah Dasar Baharu Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah membeli rumah di negara ini setakat 31 Disember tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata seramai 2,637 peserta lain pula masih dalam proses pembelian termasuk memuktamadkan perjanjian jual beli dan mengenal pasti lokasi kediaman yang bersesuaian.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi peserta dari hampir 50 negara termasuk China, Taiwan dan Singapura.

“Peserta dari China mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 304 orang, diikuti Taiwan (91), Singapura (63), Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Korea Selatan (15), Indonesia (14) dan Jepun (14),” katanya.

Datuk Seri Tiong turut menjelaskan warga asing yang ingin memohon kerakyatan Malaysia perlu melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tertakluk kepada syarat yditetapkan dalam Perlembagaan.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli mengenai statistik dan jumlah terkini rumah yang dijual kepada warga asing melalui program MM2H bagi tempoh 2023 hingga 2025 di Dewan Rakyat hari ini-Berita RTM