Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 2 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Kerajaan Johor atas ikhtiar berterusan dalam menaik taraf aset warisan serta memperkasa tarikan pelancongan negeri itu, sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata usaha itu turut menyokong agenda nasional sempena Tahun Melawat Malaysia dalam merancakkan ekonomi setempat, di samping memelihara jati diri serta sejarah bangsa.

“Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar, Johor Bahru.

“Muzium ini menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor yang bernilai tinggi, di samping persekitaran landskap yang terpelihara dan menarik,” katanya.-Berita RTM