KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dimensi solat bukan sekadar ibadah rutin biasa, tetapi juga sarat dengan makna serta dampak atau kesan mendalam kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Dalam peristiwa agung Israk Mikraj, Perdana Menteri berkata, Rasulullah SAW menerima secara langsung perintah solat lima waktu sebagai satu ibadah yang penting dalam kehidupan setiap umat Islam.
Anwar turut merujuk pemikiran ulama besar Nusantara, Syeikh Daud Al-Fatani, dalam kitab klasik Munyatul Musolli yang membahaskan soal tatacara solat, selain menyentuh perihal siasah dan tatakelola yang baik.
“Dalam bab ‘Tatmim al-Fa’idah’, Syeikh Daud menyentuh mengenai ibadah solat, namun jauh daripada itu mengaitkan dengan prinsip keadilan.
Beliau berkata demikian dalam hantaran melalui Facebook beliau, malam ini, sempena memperingati peristiwa agung Israk Mikraj.
Justeru, Anwar menegaskan menjadi kewajipan sama ada Muslim atau bukan Muslim, untuk berusaha ke arah mencapai matlamat bersama kemanusiaan supaya keadilan dapat dijajarkan pada tempat yang sepatutnya.
“Kita mesti memulakannya dengan hidup bersama-sama secara rukun dan damai serta menolak prasangka, stereotaip palsu dan momokan musuh-musuh yang direkayasa untuk menghancurkan keharmonian hidup kita.
“Pada masa sama, mesti tetap tawaduk dan rendah hati kerana kita mungkin tidak mempunyai jawapan yang tepat.
“Bahkan jika kita mendapat jawapan sekalipun, kita tidak boleh terlalu gopoh dan tergesa-gesa menanggapinya sebagai penyelesaian yang tuntas,” katanya.
“Pada masa sama, mesti tetap tawaduk dan rendah hati kerana kita mungkin tidak mempunyai jawapan yang tepat.
“Bahkan jika kita mendapat jawapan sekalipun, kita tidak boleh terlalu gopoh dan tergesa-gesa menanggapinya sebagai penyelesaian yang tuntas,” katanya.-BH Online
