KUALA LUMPUR: Pembayaran Sumbangan Asas Rahman (SARA) sebanyak RM100 kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat perutusan Tahun Baharu, sebentar tadi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia untuk persiapan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan.
“SARA tahun ini untuk semua rakyat, iaitu 22 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas kita akan kreditkan pada 9 Februari ini,” katanya.
Beliau juga mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan dibuat bermula 20 Januari ini.-BH Online
