Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Pengguna dalam segmen penghantaran dan pengagihan gas dijangka menikmati pengurangan kos gas secara keseluruhan, dengan purata penurunan bil dianggarkan antara 1.97 peratus hingga 3.75 peratus bermula suku pertama 2026.

Pengurangan itu susulan pelaksanaan semakan semula kadar purata tarif kemudahan gas bawah Tempoh Kawal Selia Ketiga (Regulatory Period 3 – RP3) bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2028 di Semenanjung.

Kenyataan Suruhanjaya Tenaga menyebut, perubahan purata tarif kemudahan gas tidak memberi kesan ketara kepada bil pengguna akhir memandangkan komponen tarif berkenaan bersifat tetap, khusus untuk menampung kos infrastruktur dan keselamatan rangkaian.

“Selain itu, kos penggunaan kemudahan gas hanya merangkumi sebahagian kecil daripada struktur harga jualan gas dan tertakluk kepada rangka kerja kawal selia yang ketat, sekali gus memastikan kesan keseluruhan kepada pengguna akhir kekal minimum.

“Penetapan tarif kemudahan gas baharu dijangka dapat diimbangi oleh penurunan kos molekul gas yang berlaku ketika ini,” menurut kenyataan itu.-BH Online