Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sempena perarakan Sambutan Kemerdekaan yang ke 66 di Putrajaya semalam, Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri tidak pulang segera tetapi beramah mesra dengan orang ramai yang menonton majlis perarakan itu.

Kedua-dua mereka dan permaisuri serta isteri masing-masing menjadi bintang bagi rakyat yang menyertai perhimpunan itu.

Mereka berebut-rebut untuk mengambil kesempatan bergambar bersama mereka berempat.

PM Datuk Seri Anwar pula melayan mereka dengan penuh saksama sehingga sanggup menghulurkan tangan untuk bersalam walaupun setelah menaiki kenderaan untuk beredar dari majlis itu.

Berikut adalah gambar-gambar menarik yang dirakamkan oleh jurukamera tentang sambutan rakyat terhadap mereka.