Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operas) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Ghazali Abd Rahman berkata jumlah mangsa di empat negeri berkenaan menunjukkan trend peningkatan berdasarkan data hasil pemantauan pihaknya.
“Di Kelantan, trend meningkat daripada lima kepada 32 keluarga di sebuah PPS. Mangsa pula meningkat dari 18 kepada 137 orang.
“Di Terengganu, jumlah keluarga meningkat dari 247 kepada 248 yang menghuni di 15 PPS. Mangsa turut meningkat daripada 890 kepada 902 orang.
“Di Pahang, jumlah keluarga mendapatkan perlindungan di 78 PPS meningkat daripada 3,012 kepada 3,566. Mangsa juga bertambah daripada 9,237 kepada 10,740 orang.
“Di Johor, jumlah keluarga meningkat daripada 90 kepada 93 di tiga PPS membabitkan pertambahan mangsa daripada 347 kepada 356 orang,” katanya hari ini.
Sementara itu, 18 Stesen Air di Pahang, Terengganu, Kelanta dan Sarawak melepasi paras bahaya setakat jam 5 petang tadi.-BH Online
