Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KLANG, 10 Disember – Banjir berulang yang berlaku di Hulu Langat sedang ditangani melalui Projek Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, yang telah diluluskan menerusi peruntukan RM1 bilion.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek itu masih berada pada peringkat reka bentuk.

Apabila siap sepenuhnya, ia dijangka mampu mengurangkan risiko banjir berulang di daerah berkenaan.

“Kalau dapat disiapkan, saya percaya ia akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Hulu Langat. Kalau keseluruhan projek itu tidak siap mengikut jadual, ia akan menyebabkan kelewatan dalam penyelesaian jangka panjang.

“Saya sendiri akan pantau projek itu dan mencari penyelesaian segera bagi mempercepat pelaksanaannya. Memang projek-projek JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) ini akan mengambil tempoh yang panjang untuk menjadikan reka bentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Makan Malam Jubli Emas Koperasi KOSAS di sini.

Mengulas mengenai dakwaan berlaku aktiviti penerokaan di Batu 18, Hulu Langat, Datuk Seri Aminuddin berkata, pihak berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Hutan akan menjalankan siasatan, terutama jika ia melibatkan kawasan rizab sungai.-Berita RTM