Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Azalina Othman Said mengumumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang sedang mengkaji penubuhan majlis untuk mengkaji semula undang-undang berkaitan dadah dan hukuman agar pendekatan pemulihan dan rawatan kepada penagihan boleh dibuat.

“Dalam usaha menangani penagihan dadah sebagai satu perkara perubatan dan bukan jenayah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri sedang mengkaji penubuhan majlis untuk mengkaji semula undang-undang berkaitan dadah dan hukuman sedia ada, menyediakan garis panduan dan mempromosi pendekatan pemulihan untuk menangani penagihan dadah,” ciap Azalina dalam X.

Beliau turut bersetuju dengan pendirian Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa bahawa pendekatan rawatan diperlukan untuk penagihan dadah.