Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan memastikan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja.

“Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja.

“Patik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.”

Beliau berkata demikian sempena mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Anwar turut memberikan jaminan usaha yang dibuat ini akan mengambil pendekatan inklusif agar manfaatnya dinikmati oleh seluruh rakyat, baik Muslim dan bukan Muslim.