LABUAN, 22 Oktober – Penganjuran “Seminar Antarabangsa MADANI: Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah” bertepatan bagi memberi pendedahan khususnya dalam menjaga kesucian akidah, ibadah dan perpaduan umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penganjurannya memberi nilai tambah dalam menjaga kesucian agama daripada ajaran sesat, memperkukuh kesatuan dan menyebar luas agama Islam.
“Semoga kertas-kertas pembentangan dalam Seminar Antarabangsa MADANI Antarabangsa 2025 ini akan memberikan manfaat yang begitu banyak kepada peserta-peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang”, katanya selepas merasmikan seminar antarabangsa itu di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mufti Besar Negara Mesir, Sohibul Fadhilah As-Syeikh Profesor Dr. Nazzir Mohamed Ayyad turut menyampaikan kertas pembentangan berhubung peranan kefatwaan dalam menyatukan Ummah.
Turut dilancarkan dalam program berkenaan adalah buku-buku terbitan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Antaranya Fiqh Labuan, Institusi Fatwa Dalam Arus Revolusi Artificial Inteligence (AI), Palestin: Harapan Yang Tak Pernah Padam dan Modul Perundingan Akidah.-Berita RTM