Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA, 11 Oktober – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan memperincikan pelaksanaan Program Lestari Niaga bernilai RM200 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh peniaga kecil di Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata kementeriannya telah mempunyai perancangan awal dan akan menambah pelbagai aktiviti sokongan melalui agensi di bawah kementerian untuk memastikan inisiatif itu dilaksanakan dengan berkesan.

“Kita ada perancangan awal yang telah kita fikirkan, tetapi kita akan perincikan lagi dengan pelbagai lagi aktiviti berkenaan dua perkara ini dan juga perkara-perkara lain yang menjadi keutamaan kita di Kuala Lumpur di Wilayah Persekutuan khususnya di Kuala Lumpur.

“Kita akan libatkan juga perbelanjaan ini ke agensi-agensi di bawah kita untuk memastikan bahawa hasrat Perdana Menteri khususnya untuk kedepankan Lestari Niaga dan perkhimatan yang touch point kepada rakyat” katanya.

Selain Program Lestari Niaga, kerajaan turut memperuntukkan RM3.5 juta bagi melaksanakan Program Labuan 365 bagi mengukuhkan sektor pelancongan di Labuan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 di Putrajaya.-Berita RTM