KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau kini memberi tumpuan kepada perencanaan Belanjawan MADANI Keempat 2026.
Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, Datuk Seri Anwar berkata sesi tersebut membabitkan pasukan Perbendaharaan dan berlangsung di Kementerian Kewangan di Putrajaya.
Belanjawan 2026 dirangka sepenuhnya berasaskan hala tuju Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan kerangka Ekonomi MADANI yang menjadi dasar pembangunan negara.
Sekali gus memberi penekanan kepada reformasi dalam sektor-sektor utama negara.-Berita RTM