Menantu pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin, Muhammad Adlan Berhan dan peguam Mansoor Saat sah disenaraikan dalam senarai Notis Merah Interpol.
Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
“Ya,sudah. Tindakan notis merah dikenakan terhadap mereka,” katanya, lapor Utusan Malaysia.
Kedua – dua individu tersebut dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyiasat penglibatan mereka di dalam projek yang melibatkan pendaftaran dan penyimpanan maklumat biometrik untuk pekerja asing – NERS Sdn Bhd.
Adlan menerusi peguam mendakwa dirinya menjadi sasaran tidak sah manakala Mansoor mendakwa bahawa dia mangsa penganiayaan politik.
Kedua – duanya telah melarikan diri dari Malaysia pada bulan Mei.