Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan pilihan raya kecil DUN Pelangai pada 7 Oktober.
Tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kerusi berkenaan ialah masing-masing pada 23 September dan 3 Oktober, kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Pilihan raya untuk DUN ini terpaksa diadakan ekoran kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos.
Johari merupakan antara 10 orang mangsa nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam minggu lepas.
Dalam pilihan raya umum ke-15 Johari menang dengan majoriti 4,048 undi di dalam pertandingan empat penjuru.