Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memegang lima portfolio di dalam kerajaan negeri Selangor.

Secara umumnya, setiap anggota exco mempunyai sekurang-kurangnya dua portfolio.

Ada satu portfolio yang dipengerusikan bersama oleh tiga orang exco iaitu jawatankuasa khas agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor.

Berikut adalah senarai lengkap nama, jawatan dan portfolio yang telah diumumkan oleh Amirudin:

Datuk Seri Amirudin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor

  • Pembangunan Tanah & Sumber Alam
  • Kewangan & Tindakan Ekonomi
  • Pemodenan Pentadbiran & Digitalisasi
    Kerajaan
  • Komunikasi Strategik
  • Pendidikan & Pembangunan Modal Insan

Ng Sze Han
Exco Pelaburan Perdagangan & Mobiliti

  • Pelaburan & Perdagangan
  • Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi Baharu
  • Mobiliti Selangor
  • Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS)

Izham Hashim
Exco Infrastruktur & Pertanian

  • Kemajuan Infrastruktur
  • Pemodenan Pertanian & Perladangan

Borhan Aman Shah
Exco Perumahan & Kebudayaan

  • Perumahan & Pembangunan Bandar Lestari
  • Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu & Warisan

Ng Suee Lim
Exco Kerajaan Tempatan & Pelancongan

  • Pembangunan Kerajaan Tempatan
  • Pelancongan
  • Pembangunan Kampung Baru
  • Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS)

Datuk Rizam Ismail
Exco Kemajuan Desa & Perpaduan

  • Kemajuan Desa & Luar Bandar
  • Kemampanan Kampung Tradisi
  • Perpaduan Nasional

Jamaliah Jamaluddin
Exco Kesihatan Awam & Alam Sekitar

  • Kesihatan Awam
  • Alam Sekitar, Perubahan Iklim & Teknologi Hijau

Najwan Halimi
Exco Belia, Sukan & Keusahawanan

  • Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan
  • Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif
  • Pengurusan Bencana

Papparaidu Veraman
Exco Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan

  • Sumber Manusia
  • Pembasmian Kemiskinan
  • Hal Ehwal Orang Asal & Minoriti
  • Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS)

Dr Mohammad Fahmi Ngah
Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi

  • Hal Ehwal Agama Islam
  • Industri Halal
  • Infrastruktur Digital
  • Pembudayaan Sains, Teknologi & Inovasi (STI)

Anfaal Saari
Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat

  • Pemberdayaan Wanita & Keluarga
  • Kebajikan Masyarakat
  • Ekonomi Penjagaan