Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Aktivis media Perikatan Nasional (PN) Badrul Hisham Shahrin menyalahkan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang melantik Datuk Seri Faizal Azumu sebagai Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan sebagai punca kegagalan PN di negeri itu dalam PRN lalu.

Dalam tulisan beliau di Facebook, Badrul Hisham yang juga ahli jawatankuasa penerangan Bersatu berkata, tindakan Mahiaddin menghantar Peja ke Negeri Sembilan telah menukarkan status negeri itu dari berpeluang menang kepada negeri mudah kalah.

“Kepada Presiden juga keputusan hantar Peja oleh Presiden sehingga menukar NS sebagai negeri berpeluang menang kepada negeri mudah kalah perlu diambil tanggung jawab,” katanya.

Badrul yang memperkenalkan dirinya sebagai Che’GuBard itu berkata, Mahiaddin juga perlu bertindak terhadap apa yang berlaku di negeri Kedah sekarang.

Ini berikutan, Bersatu hanya diberikan tiga jawatan Exco sahaja berbanding Pas tujuh orang termasuk menteri besar.

“Beberapa hari ini sedikit kecoh kawan kawan Bersatu pertikaikan keputusan Muhammad Sanusi Md Nor bentuk kerajaan dengan 3 orang Exco yang mana sebelum ini ada 5 orang Exco dari ADUN BERSATU.

“Saya mohon untuk semua ini diselesaikan secara dalaman dan elok,” katanya.

Beliau bimbang ia boleh menjejaskan hubungan antara Pas dan Bersatu dan Mahiaddin perlu bertindak.

“Kenapa ini boleh berlaku? Sedangkan keputusan berbeza dengan keputusan Bersatu Pusat.

“Presiden kena bertindak…. kerana sehingga mampu jejas hubungan antara komponen,” katanya.