PAS atau Sanusi kemaruk kuasa?
Persoalan timbul berkenaan pelantikan majlis mesyuarat Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Adakah PAS atau Sanusi sendiri kemaruk kuasa?
Sebagai Menteri Besar, Sanusi menambahkan bilangan portfolio yang dipegangnya. Tiga tahun lalu, beliau memegang tujuh portfolio, hari ini lapan.
Berikut adalah portfolio yang dipegang Sanusi
Perancang Negeri,
Hal Ehwal Tanah,
Mineral dan Geosains,
Hasil Bumi
Kewangan,
Syarikat Berkaitan Kerajaan,
Majlis Tindakan Ekonomi Negeri,
Pembangunan Kedah 2035,
Kerjasama Luar
Sekiranya Menteri Dalam Negeri membangkitkan isu REE sekali lagi, maka Sanusi orang paling layak menjawabnya kerana beliau memegang portfolio hasil bumi.
Persoalan mengenai PAS kemaruk turut timbul kerana bilangan ahli majlis mesyuarat kerajaan dari Bersatu telah dikurangkan sepertimana yang dispekulasi sebelum ini.
Bersatu sah mendapat tiga kerusi sahaja. Wakil mereka adalah Datuk Siti Aishah Ghazali (Merbau Pulas), Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam) dan Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (Kuala Nerang).
Berikut adalah senarai lengkap anggota majlis mesyuarat kerajaan Kedah yang diterajui PAS dan Perikatan Nasional:
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035, Kerjasama Luar)
Datuk Siti Aishah Ghazali (Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan)
Mohd Azam Abd Samat (Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan)
Dr Haim Hilman Abdullah (Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi; Sains, Teknologi dan Inovasi)
Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan)
Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar)
Mejar (B) Mansor Zakaria (Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan)
Dzowahir Ab Ghani (Pertanian, Perladangan, Pengangkutan)
Datuk Mohd Salleh Saidin (Pelacongan, Kebudayaan, Keusahawanan)
Radhi Mat Din (Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan)
Wong Chia Zhen (Sumber Manusia; Masyarakat Cina, India dan Siam; NGO)