Sorting by

×
PUTRAJAYA, 12 Dis -- Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim pada sidang media di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.??--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA" />
Hantar Berita Ini:

Tindakan Perikatan Nasional (PN) mahu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza di empat negeri ditadbirnya disifatkan khilaf, tidak patriotik dan bermotif politik.

Ketua Pemuda PKR Adam Adli berkata, perkara itu seharusnya tidak berlaku memandangkan sambutan Hari Kebangsaan adalah salah satu pendekatan untuk menggambarkan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia.

“Hari Kebangsaan sambutan seluruh negara, meraikan semangat kemerdekaan, semangat perpaduan dan semangat kenegaraan. Tiada kena mengena dengan pegangan atau ideologi parti politik.

“Jadi sesuatu yang amat khilaf bagi mana-mana pihak untuk mengajukan tema berbeza bagi sambutan,” kata timbalan menteri belia dan sukan itu pada sidang media selepas merasmikan Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan.

Adam berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan pembangkang itu dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Semalam, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan supaya kerajaan Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza dengan yang digunakan di peringkat persekutuan.