Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu telah menamakan Suhaizan Kaiat sebagai calon kawasan parlimen Pulai dan Nazri Abdul Rahman sebagai calon DUN Simpang Jeram.

Suhaizan, 50 ialah setiausaha politik kepada allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dan mantan speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Beliau juga merupakan pengarah nasional biro pembangunan sumber manusia, Amanah pusat. Selain itu beliau ketua Amanah Pulai dan naib pengerusi Amanah Johor dan turut menjadi pengurus pusat khidmat parlimen Pulai.

Nazri Abdul Rahman, 56, pula merupakan timbalan ketua Amanah Bakri dan ketua biro ekonomi pusat khidmat DUN Simpang Jeram.

Pilihan raya kecil kedua-dua kawasan akan berlangsung pada 9 September dan undian awal pada 5 September.

PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.