KUALA LUMPUR, 19 Jun– Kunjungan Presiden Timor-Leste, Dr. Jose Ramos-Horta di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukuhkan manifestasi hubungan erat antara Malaysia dan Timor-Leste.
Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata perbincangan tersebut menjurus kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang strategik serta menyokong aspirasi Timor-Leste untuk menjadi anggota penuh ASEAN.
“Malaysia komited untuk terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong proses integrasi serantau demi kestabilan dan kemakmuran bersama”, menurut Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.-Berita RTM