Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar lbrahim menegaskan komitmen Kerajaan MADANI terhadap dasar yang jelas dan mesra pelabur.

Perdana Menteri berkata, ia penting bagi memastikan keyakinan syarikat besar untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan jangka panjang.

Perkara itu ditegaskan beliau ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ConocoPhillips, Ryan Lance, petang tadi.

ConocoPhillip adalah sebuah syarikat minyak terkemuka dari Amerika Syarikat (AS) yang terbabit dalam aktiviti penerokaan, pembangunan dan pengeluaran minyak di peringkat global termasuk di Malaysia.

Tegas Perdana Menteri, dalam pertemuan itu ConocoPhillips turut menyatakan komitmen berterusan mereka terhadap pelaburan di Malaysia, termasuk pembabitan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran Kluster Kebabangan (KBBC PSC) di Sabah, yang dikendalikan melalui anak syarikatnya, ConocoPhillips Sabah Gas Ltd, bersama rakan strategik iaitu PETRONAS.

“Kehadiran dan pelaburan syarikat-syarikat utama seperti ConocoPhillips amat penting dalam menjamin kestabilan serta kemampanan tenaga negara. null

“Ia juga berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor minyak dan tenaga,” katanya melalui Facebook hari ini.-BH Online