ADUN Batu Maung Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dari PKR telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Beliau turut menyandang jawatan exco Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat.
ADUN Dato Keramat Jagdeep Singh Deo pula telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 2.
Jagdeep dari DAP merupakan ADUN empat penggal yang turut menjadi exco Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi negeri.
Wakil BN yang menjadi ahli exco ialah ADUN Sg Acheh Rashidi Zainol. Beliau exco Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan dan Pembangunan Luar Bandar.
Gabungan PH-BN menguasai 29 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang. DAP mengekalkan 19 kerusinya manakala PKR menang tujuh daripada 13 yang ditandinginya.
BN menyumbang dua kerusi manakala Amanah mengekalkan Bayan Lepas.