Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berpendirian bahawa gabungan Barisan Nasional(BN) – Pakatan Harapan (PH) tidak gagal malah mengharungi ujian pertama dalam pilihan raya negeri di enam negeri pada hari Sabtu.

“Dalam perspektif yang pertama sebenarnya tidaklah kata yang kita ini gagal sebab ini adalah ujian atau langkah pertama bersama, sebab Kerajaan Perpaduan itu diadakan bersama selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk “Analisa PRN 2023: Di mana silapnya?”

Anggota panel lain di dalam forum tersebut terdiri daripada pengarah komunikasi UMNO Datuk Lokman Adam dan penganalisa politik Universiti Utara Malaysia Profesor Dr Azizuddin Sani.

“Itu sebabnya selepas lapan bulan, PRN ini adalah ujian pertama kita bersama sebagai satu pasukan dengan latar belakang falsafah politik dan pendekatan kita yang berbeza sudah bertahun.

“Tetapi persamaannya pada kali ini berhadapan dengan PRN yang mahukan perpaduan atas titah YDPA. Pada saya titah ini adalah ikatan yang amat utama kerana ini adalah titah di bawah Perlembagaan kita,” katanya.

Hujah kedua beliau adalah berkenaan keputusan pilihan raya itu sendiri yang mengekalkan status quo baik untuk gabungan BN-PH dan Perikatan Nasional (PN).

“PN mendapat undi popular kurang daripada blok kerajaan. Dari segi undi popular ada kelebihan sedikit berbanding dengan anggapan kita kalah dan Status quo penting.

“Kalau lihat status quo sebagai definisi kekalahan, mungkin itu penafsiran yang agak sempit.

“Daripada 108 DUN yang BN bertanding, undi BN di 53 DUN meningkat. Daripada 137 DUN yang PH bertanding, undi PH di 94 DUN meningkat.

“Undi PN turun di beberapa DUN – Terengganu 8 DUN Selangor 2 DUN, Kedah 2, Kelantan 36 DUN.”

Justeru itu beliau berkata bahawa adalah penting untuk melihat kejayaan bukan kesalahan.