KUALA LUMPUR: ASEAN wajar memperkukuh integrasi fizikal dan institusi bagi memperluas potensi tenaga boleh diperbaharui di rantau ini, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.
Timbalan Perdana Menteri berkata, visi berkenaan dapat direalisasikan menerusi pelaksanaan rangkaian Grid Kuasa ASEAN (APG).
Beliau berkata, saranan itu dibuat selepas mengambil kira kepelbagaian sumber tenaga boleh diperbaharui di rantau ASEAN yang agihannya ketika ini disifatkan tidak sekata.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3826491617&pi=t.aa~a.1654364369~i.7~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1748243605&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1400567%2Fasean-digesa-perkukuh-integrasi-perluas-potensi-dagangan-tenaga&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1748243606827&bpp=2&bdt=1653&idt=-M&shv=r20250521&mjsv=m202505200101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dd892a9d1649b5c6f%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748243389%3AS%3DALNI_Ma4xYZanDxOmI0aZr0FzkOwztMT7w&gpic=UID%3D000010e60fab97e1%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748243389%3AS%3DALNI_MY8BOP5sUa5-AL4yvRkOpgno4wQrw&eo_id_str=ID%3D759c8eaa641054b2%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748243389%3AS%3DAA-AfjYhZ8gFYrDfwv-opDcO_FvY&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=8790603275347&frm=20&pv=1&u_tz=180&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=846&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31092619%2C95353387%2C95361617%2C95360956%2C95360692&oid=2&pvsid=6742303383318393&tmod=1179833240&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=990
Ini kerana, katanya, tenaga hidro banyak tertumpu di wilayah Mekong, manakala potensi tenaga solar dan angin darat di Filipina, Indonesia dan Malaysia.
“Menerusi tujuh rangkaian rentas sempadan yang sudah beroperasi dan lebih banyak lagi dalam rancangan, perdagangan tenaga rentas negara bukan sahaja boleh dilaksanakan, malah mampu membawa manfaat bersama.
“Projek Integrasi Kuasa Laos–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS-PIP) adalah contoh terbaik bagi perdagangan elektrik pelbagai hala dapat direalisasikan, membolehkan negara bekerjasama membekalkan tenaga boleh baharu merentasi sempadan,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian dalam ucaptama pada Mesyuarat Peralihan Tenaga di ASEAN: Memupuk Kerjasama Serantau anjuran MyDigital di sini, hari ini.
ASEAN dengan populasi hampir 700 juta orang adalah pengguna tenaga keempat terbesar dunia dengan permintaan di rantau ini meningkat kira-kira tiga peratus setahun sejak dua dekad lalu.
Jumlah itu melebihi paras purata global, selain Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menjangkakan permintaan tenaga di ASEAN akan meningkat lebih 60 peratus menjelang 2040, jika trend semasa berterusan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penyelarasan atribut hijau, terutama Sijil Tenaga Boleh Baharu (REC) juga adalah antara aspek paling kritikal yang memerlukan perhatian bersama.
Katanya, ASEAN melalui perluasan dagangan rentas sempadan perlu memastikan pengiktirafan bersama bagi REC untuk mengelak kiraan berganda serta memberi keyakinan kepada pelabur dan pembeli korporat.
“Malaysia menyokong penuh rangka kerja ASEAN yang menyeluruh bagi atribut hijau, selaras amalan terbaik antarabangsa, memperkukuh kredibiliti serta memudah cara perolehan tenaga bersih oleh sektor korporat.
“Perkara ini akan menjadi antara fokus dan keutamaan Malaysia sepanjang tempoh Pengerusi ASEAN, dengan tumpuan memajukan rangka kerja serantau bagi kebolehoperasian REC,” katanya.
Fadillah berkata, Malaysia menerusi perspektif nasional juga giat memperluas pertukaran tenaga dua hala, termasuk bersama Indonesia, Singapura dan Thailand.
Beliau berkata, Malaysia meraih pencapaian penting apabila memulakan perdagangan tenaga hijau rentas sempadan yang pertama dengan Singapura melalui ‘Energy Exchange Malaysia’ (ENEGEM), pada 13 Disember lalu.
Katanya, lebih 107 terawatt perjam (TWh) tenaga hijau dijana daripada solar dan hidro disalurkan merentasi Tambak Johor ke Singapura dalam tempoh 148 hari.
“Inisiatif seperti ini membuktikan sistem tenaga ASEAN yang pintar, fleksibel dan bersepadu bukan sahaja boleh dilaksanakan, malah sedang berkembang dan lebih tersusun.
“ASEAN juga dijangka memerlukan kapasiti penghantaran antara wilayah sekurang-kurangnya 24.4 gigawatt (GW) menjelang 2040, membabitkan pelaburan lebih AS$770 bilion (RM324 trilion).
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=2803648221&pi=t.aa~a.1654364369~i.40~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1748243605&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1400567%2Fasean-digesa-perkukuh-integrasi-perluas-potensi-dagangan-tenaga&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1748243606827&bpp=1&bdt=1653&idt=0&shv=r20250521&mjsv=m202505200101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dd892a9d1649b5c6f%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748243389%3AS%3DALNI_Ma4xYZanDxOmI0aZr0FzkOwztMT7w&gpic=UID%3D000010e60fab97e1%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748243389%3AS%3DALNI_MY8BOP5sUa5-AL4yvRkOpgno4wQrw&eo_id_str=ID%3D759c8eaa641054b2%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748243389%3AS%3DAA-AfjYhZ8gFYrDfwv-opDcO_FvY&prev_fmts=0x0%2C430x430&nras=3&correlator=8790603275347&frm=20&pv=1&u_tz=180&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3102&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31092619%2C95353387%2C95361617%2C95360956%2C95360692&oid=2&pvsid=6742303383318393&tmod=1179833240&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=2&fsb=1&dtd=993
“Walaupun angka ini besar, ia mewakili peluang membina ketahanan, mengurangkan tahap kebergantungan bahan api fosil serta menyokong pertumbuhan industri hijau baharu,” katanya.-BH Online