PUTRAJAYA: Keputusan semua pihak berkepentingan utama di Myanmar untuk terbabit secara langsung dengan pemimpin ASEAN menandakan satu langkah penting ke depan dalam usaha menyelesaikan konflik berlarutan di negara itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata mesyuarat terbaru di Bangkok yang membabitkan Troika ASEAN dan Menteri Luar Myanmar, U Than Shwe, mencerminkan perubahan sikap, khususnya daripada pihak junta tentera.
Saya fikir kita perlu beri penghargaan kepada kerana secara umum, telah berlaku gencatan senjata dan pergerakan bantuan kemanusiaan contohnya, telah berjalan lancar tanpa gangguan, termasuk ke kawasan lain.
“Yang penting ialah mereka membenarkan atau bertolak ansur dengan perkara yang belum pernah berlaku sebelum ini, misalnya saya sendiri dapat bertemu dengan mereka. Kami juga meminta Troika hadir dan mereka semua datang. Saya fikir itu permulaan yang baik kerana dalam isu penuh pertikaian seperti ini, penyelesaian konflik mesti dimulakan dengan libat urus,” katanya.
Anwar berkata, beliau turut menggesa rakan sejawatannya di Brunei, Indonesia, Vietnam dan Kemboja untuk mengadakan pendekatan melalui pelbagai saluran seperti ketenteraan dan diplomatik dengan matlamat mencapai gencatan senjata sepenuhnya serta memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa halangan.
Kelmarin, Menteri Luar ASEAN memuji kepimpinan proaktif Malaysia dalam menghidupkan kembali usaha pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) serta memudah cara dialog konstruktif bagi menangani krisis berterusan di Myanmar.
Awal bulan ini, Anwar memulakan dialog berasingan dengan pemimpin junta Myanmar, Min Aung Hlaing, dan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) pembangkang, yang dianggap sebagai langkah penting ke arah membina libat urus langsung di antara pihak yang bertelagah.
Langkah itu sebagai satu kemungkinan kejayaan penting dalam usaha mediasi ASEAN.
Konsensus yang diluluskan oleh ASEAN pada April 2021 susulan rampasan kuasa tentera di Myanmar pada 1 Februari tahun berkenaan. Ia menuntut pengakhiran segera keganasan, dialog inklusif di antara semua pihak, pelantikan utusan khas, penghantaran bantuan kemanusiaan, serta memberi akses penuh kepada utusan khas untuk berjumpa dengan semua pihak berkepentingan di Myanmar.
Namun , pelaksanaan konsensus itu sebahagian besarnya terbantut akibat ketidakpatuhan berterusan junta tentera, menjadikan isu ini sebagai tumpuan utama dalam pembabitan berterusan ASEAN dengan Myanmar.
Mengenai keadaan di Gaza, Anwar menyuarakan sokongan terhadap pendekatan pelbagai hala dalam usaha pembinaan semula, mencadangkan agar ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China bekerjasama sebagai alternatif kepada pelan yang dipacu Amerika Syarikat (AS).
Beliau menegaskan, sebarang usaha pembinaan semula mesti mencerminkan kehendak dan aspirasi rakyat Palestin.
“Cadangan awal AS mengasingkan Gaza sebagai entiti berasingan tidak boleh diterima. Anda tidak boleh membina semula tanpa kehendak rakyat,” katanya.
Anwar juga menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin serta menyatakan wujudnya konsensus yang semakin kukuh dalam kalangan ASEAN untuk gencatan senjata segera, kecaman terhadap kekejaman, dan penghormatan terhadap hak asasi manusia.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=2803648221&pi=t.aa~a.1654364369~i.30~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1748198506&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1400374%2Flibat-urus-semua-pihak-langkah-penting-capai-keamanan-di-myanmar&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1748198509878&bpp=1&bdt=3072&idt=0&shv=r20250521&mjsv=m202505200101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dd892a9d1649b5c6f%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748198235%3AS%3DALNI_Ma4xYZanDxOmI0aZr0FzkOwztMT7w&gpic=UID%3D000010e60fab97e1%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748198235%3AS%3DALNI_MY8BOP5sUa5-AL4yvRkOpgno4wQrw&eo_id_str=ID%3D759c8eaa641054b2%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748198235%3AS%3DAA-AfjYhZ8gFYrDfwv-opDcO_FvY&prev_fmts=0x0%2C430x430&nras=3&correlator=4781712688930&frm=20&pv=1&u_tz=180&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3139&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95332584%2C95353386%2C95361621%2C95360958%2C95360692&oid=2&pvsid=3238484532743443&tmod=1536536899&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=2&fsb=1&dtd=943
“Di Myanmar, walaupun di bawah pemerintahan tentera, bantuan sampai, tetapi di Gaza penafian terhadap makanan asas dan ubat-ubatan dibiarkan berterusan. Itu sesuatu yang merendahkan martabat kemanusiaan,” katanya. – BERNAMA