Sorting by

×
Deputy Inspector-General of Police Datuk Razarudin Husain during the interview in Bukit Aman, Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star
Hantar Berita Ini:

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM telah menerima permohonan notis merah secara lisan ke atas menantu mantan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin dan seorang lagi peguam.

“Insya-Allah ia (notis merah) akan disampaikan kepada kita nanti

“Bagaimanapun, kita akan bekerjasama dengan maklumat yang diberikan kepada kita untuk tindakan. Setakat ini ia (notis merah) hanya secara verbal,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam satu sidang akhbar di Bukit Aman.

Beberapa minggu lalu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memohon notis merah Polis Antarabangsa terhadap menantu Mahiaddin Yassin, Muhammad Adlan Berhan dan peguam Mansoor Saat berkaitan kes penyelewengan projek NIISe di bawah Kementerian Dalam Negeri.