Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan kontraknya untuk Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) berkuat kuasa serta-merta, umum Iris Corp Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, anak syarikat milik penuh Iris Corp, Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS), yang mendapat kontrak sebagai pemaju untuk sistem imigresen baharu itu, semalam menerima notis daripada KDN bertarikh 10 Ogos 2023, mengenai penamatan kontrak tersebut.

Iris berkata ia sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguam caranya dan akan mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi kepentingannya dan melaksanakan hak undang-undangnya berhubung kontrak itu.

Penamatan Kontrak NIISe dijangka memberi kesan kepada prestasi kewangan Kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

“Bagaimanapun, sejauh mana kesannya tidak dapat dipastikan dengan pasti pada masa ini,” kata syarikat tersebut.

Syarikat itu menambah bahawa penamatan itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan operasi material ke atas kumpulan itu.

Ketika pasaran saham ditutup semalam, Iris didagangkan tidak berubah pada 8.5 sen sesaham dengan 2.53 juta saham didagangkan.

Dalam perkembangan berkaitan projek NIISe juga sedang disiasat. Menantu pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin dikehendaki oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kes ini.