Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

NEW DELHI: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke India susulan serangan rentas sempadan dengan Pakistan.

“Memandangkan peningkatan ketegangan terkini antara India dan Pakistan, yang mana India melancarkan Operasi Sindoor ke atas Pakistan hari ini, Suruhanjaya Tinggi menasihatkan semua perjalanan tidak penting ke India, khususnya ke negeri yang bersempadan dengan Pakistan, ditangguhkan segera.

“Ini termasuk perjalanan untuk tujuan bercuti atau sebab tidak mendesak lain,” ,” menurut kenyataan di platform media sosial X suruhanjaya itu.

Rakyat Malaysia yang berada di India dinasihatkan supaya mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi dan memaklumkan kehadiran mereka melalui e-mel ke alamat mwdelhi@kln.gov.my.

Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menerusi talian +90 11 2415 9300 atau +90 11 2415 9311 (talian umum/bilik operasi), serta +90 85 9555 0564 (pegawai bertugas dari 4.30 petang hingga 8 pagi).

“Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kami. Sila sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan berhati-hati pada setiap masa,” kata Suruhanjaya Tinggi itu. – BERNAMA