Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa warga pekerja terus memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab dengan penuh ketekunan serta keikhlasan selaras peranan penting mereka sebagai pemangkin utama kemajuan negara.

Perdana Menteri berkata, walaupun negara mencatat pelbagai kejayaan dalam aspek pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan pembangunan sektor pekerjaan, masih wujud kelompangan serta kelemahan yang perlu diberi perhatian untuk penambahbaikan.

Katanya, usaha berterusan semua pihak amat penting bagi memastikan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing dapat direalisasikan secara menyeluruh.

“Negara ini masih berdepan pelbagai cabaran. Hari-hari kita dihadapkan dengan isu besar seperti krisis di Palestin dan ketidaktentuan global, termasuk tindakan sesuka hati kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS).

“Namun, kita tetap mampu mara jika semua bekerja dengan tekun, ikhlas dan penuh iltizam. Tidak kira sektor mana, pekerja yang berpegang kepada nilai keikhlasan dan kepercayaan kepada negara pasti menyumbang kepada pembentukan negara hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanat khas sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. 

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan anugerah khas Hari Pekerja 2025 kepada 13 penerima termasuk individu, syarikat, kesatuan serta badan bukan kerajaan (NGO).

Kesemua penerima masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000 serta sijil penghargaan. 

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, tanggungjawab mengangkat produktiviti dan daya saing ini, tidak hanya diletak dibahu mereka yang berpangkat tinggi, sebaliknya semua pekerja dipelbagai lapangan dan peringkat. 

“Setiap individu yang bekerja, sama ada di kilang, jabatan kerajaan, klinik, sekolah, balai polis atau mana-mana sektor, memainkan peranan penting dalam menggerakkan perubahan dan mencatat kejayaan negara.

“Saya juga mahu syarikat yang ada untung lebih baik menyumbang kepada cukai. Jangan untung sendirian, untung kerana juruteknik, untung itu kerana pekerja dibawah ini. Jadi bagilah (faedah) yang munasabah kepada mereka,” katanya.

Bagi kerajaan, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selain pengenalan gaji minimum yang sudah dinaikkan kepada RM1,700, Dasar Gaji Progresif juga dilaksana untuk menyokong syarikat meningkatkan kadar upah pekerjanya. 

“Kita (kerajaan) sudah mula dengan urusan tadbir urus, tatakelola yang baik, elak dari curi wang negara, elak jadi ruang mereka yang baru jadi menteri, tapi miliki kekayaan berlipat ganda,” katanya.

Di akhir ucapannya, Anwar turut mengingatkan pekerja supaya tidak membenarkan unsur perpecahan yang berpunca daripada perbezaan kaum dan fahaman politik terus menghantui negara ini, seterusnya menghalang kepada produktiviti dan perkhidmatan.

“Saya dan kerajaan komited untuk membela nasib semua pekerja walaupun majoritinya dalam kalangan orang Melayu, nasib anak-anak Cina, India, Dayak dan Kadazan-Dusun juga tidak boleh dipinggirkan. Jangan hanya santuni golongan atasan, tetapi wajib kepada semua pekerja pelbagai peringkat hingga bawahan.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3899972605&pi=t.aa~a.1654364369~i.34~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746090841&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1390978%2Fpekerja-perlu-tekun-ikhlas-bekerja-untuk-cipta-negara-berdaya-saing&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746090842782&bpp=1&bdt=1088&idt=0&shv=r20250428&mjsv=m202504240101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dd73e4024c7329db7%3AT%3D1746090658%3ART%3D1746090658%3AS%3DALNI_MZW9UKMjQECgay8d0_fBGVZpxNb6w&gpic=UID%3D000010b5f13f283f%3AT%3D1746090658%3ART%3D1746090658%3AS%3DALNI_MY6H8weeTaG1pWtEBSeNjdUSkD3pQ&eo_id_str=ID%3D3ab1c2a0677f1ec0%3AT%3D1746090658%3ART%3D1746090658%3AS%3DAA-Afjas25Iao3MYUR3QgYWosWYb&prev_fmts=0x0%2C430x430&nras=3&correlator=3253602021552&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3181&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95351336%2C95358862%2C95358864%2C31092097%2C95358975%2C95359239%2C31092056%2C95344789%2C95359121%2C95359475&oid=2&pvsid=3603645065464015&tmod=1950627233&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=8&uci=a!8&btvi=2&fsb=1&dtd=6

“Hari-hari kita membaca berita mengenai perselisihan antara kaum, ini tidak akan membawa kita ke mana. Sebaliknya, kefahaman, perpaduan dan semangat kebersamaan antara rakyat pelbagai kaum adalah kunci untuk membawa negara ke arah kemajuan yang lebih besar,” katanya.-BH Online