Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan pengulas politik konservatif Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly, yang memperlekeh lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, dengan menyifatkan individu terbabit sebagai angkuh dan dangkal ilmu.

Perdana Menteri berkata, kenyataan dibuat itu juga jelas menunjukkan O’Reilly tidak mempunyai kefahaman sama sekali tentang Asia, apatah lagi ASEAN.

“Ini satu gambaran sikap ekstrem, keangkuhan setengah orang yang sebenarnya dangkal ilmu, jahil dan anggap hanya kelompok dia dan negerinya saja paling berjaya.null

“Tentunya dia tiada kefahaman sama sekali tentang Asia, ASEAN dan tentang perkembangan baharu. Ini yang kita sebut dalam bidang ilmu sains sosial sebagai pemikiran yang terperangkap, terbawa-bawa dengan sikap imperialisme dan penjajahan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan ditemui media selepas hadir pada Majlis Rumah Terbuka Kementerian Kewangan (MoF) di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu. 

Dalam pada itu, Anwar menegaskan rakyat tidak perlu terlalu gusar dengan kenyataan yang dibuat pengulas politik AS itu.

“Kita jangan terlalu gusar kerana ini suatu perkara yang masih ada. Ini menyebabkan masih ada sikap anti kaum lain (dan) Islamofobia, (puncanya) kerana kejahilan (seperti individu itu),” katanya. null

Dalam klip video dikongsi di X itu, O’Reilly turut memperlekeh lawatan rasmi Jinping ke Vietnam dan Kemboja, sambil mempersoalkan nilai ekonomi terhadap usaha Beijing mendekati negara-negara Asia Tenggara.

“Hai Presiden Xi (Jinping), biar saya berterus terang. Mereka tiada duit langsung. Mereka tak boleh tolong kamu, mereka tak akan beli barang kamu sebab mereka tak ada duit,” katanya.

Bekas hos Fox News itu juga kelihatan bingung dengan rasional strategik di sebalik lawatan serantau Jinping dan berkata pemimpin China itu mungkin cuba mengelak tekanan ekonomi dan penelitian antarabangsa.-BH Online