Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SHAH ALAM: Kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) memperuntukkan RM6 juta bagi program Insentif Haji Muassasah 1446H/2025M.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. berkata seramai 6,000 bakal jemaah haji negeri akan menerima manfaat bantuan RM1,000 seorang menerusi insentif itu.

“Sejak dilaksanakan pada 2022, seramai 12,000 jemaah muassasah dibantu kerajaan negeri, iaitu 3,000 jemaah masing-masing pada tahun 2022 dan 2023 manakala 6,000 jemaah pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi memudahkan proses pendaftaran, bakal jemaah yang mengundi di negeri ini boleh memohon untuk insentif berkenaan bermula 22 April hingga 25 Julai 2025 di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Katanya, untuk permohonan, bakal jemaah perlu membawa dokumen iaitu salinan bercetak jadual penerbangan Haji Muassasah Tahun 2025 dengan paparan ‘KOD MUAS’.

“Selain itu, dokumen salinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengesahkan bakal jemaah adalah warga yang mengundi di Selangor. Saya berharap usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini,” katanya.-BH Online