Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Hubungan akrab antara Malaysia dan China bukan hanya sekadar rakan strategik yang komprehensif, tetapi sebagai sahabat sejati sama ada ketika senang atau waktu mencabar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ketika sesetengah negara meninggalkan prinsip tanggungjawab bersama dan ada yang mempersoalkan komitmen yang sudah lama wujud, inisiatif global China menawarkan sinar harapan yang baharu, melihat ke luar dan tidak berbicara mengenai persaingan, sebaliknya pembaharuan.

Katanya, kekuatan sebenar hubungan kedua-dua negara melangkaui angka dagangan atau statistik pelancongan, sebaliknya berpaksikan kepada persefahaman yang mendalam, kemakmuran yang dikongsi bersama dan kepercayaan perlu dipelihara dengan penuh perhatian, kesabaran dan komitmen.

“Hubungan kita terbina atas persefahaman dan diperkukuh dengan keyakinan berterusan, yang kita akan pergi lebih jauh apabila kita berjalan bersama, bukan hanya untuk diri kita sendiri tetapi demi keamanan dan kemakmuran rantau kita.

“Dunia mungkin sudah berubah dalam pelbagai cara, namun persahabatan antara Malaysia dan China kekal kukuh dan teguh, diperbaharui melalui dialog dan ditegaskan melalui tindakan.

“China kekal sebagai rakan dagangan terpenting bagi Malaysia, dengan kehadirannya dirasai dalam nadi pembangunan negara, daripada aliran barangan dan idea kepada transformasi tenaga, infrastruktur dan inovasi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi bagi meraikan Presiden China, Xi Jinping di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, di bawah kepemimpinan Xi, China merangka satu siri inisiatif global yang mencerminkan pandangan dunia yang tersendiri antaranya Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang memberi gambaran semula mengenai konsep keterhubungan, yang bukan sekadar sebagai rangkaian jalan dan rel, tetapi sebagai kerangka kerjasama.

“Inisiatif Pembangunan Global menekankan kepentingan kemajuan yang inklusif, Inisiatif Keselamatan Global menyeru kepada keamanan melalui dialog dan Inisiatif Peradaban Global mengingatkan semua pada masa yang tepat bahawa rasa hormat terhadap perbezaan tidak menjadi penghalang kepada keharmonian, tetapi prasyaratnya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai cabaran yang dihadapi dunia ketika ini, Perdana Menteri berkata, apa yang disaksikan hari ini bukanlah satu perhitungan yang jujur dengan ketidaksempurnaan globalisasi, tetapi berundur ke arah ekonomi yang berpuak.

Anwar berkata, akses pasaran dijadikan senjata dan apa yang dahulunya adalah perjanjian multilateral untuk pertumbuhan bersama kini mula runtuh di bawah tekanan gangguan sewenang-wenangnya dan kehendak unilateral.

“Dalam saat-saat yang mencabar ini, dunia mahukan kestabilan, kebolehpercayaan dan tujuan yang jelas. Kita melihat semua ini dalam tingkah laku China.

“Malaysia mengiktiraf kestabilan dan sedar bahawa bukan saja ketenangan yang dibawa tetapi juga harapan yang terus ditawarkan.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=969421036&pi=t.aa~a.1654364369~i.28~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1744808535&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F04%2F1385351%2Fhubungan-malaysia-china-bukan-sekadar-rakan-strategik-anwar&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1744808537057&bpp=2&bdt=1236&idt=2&shv=r20250410&mjsv=m202504100101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dd32c13ff457eaf1e%3AT%3D1744802036%3ART%3D1744808537%3AS%3DALNI_MZn0X-vrrRq9IrqvR8vzJwpl0q-0g&gpic=UID%3D000010a109e6fa37%3AT%3D1744802036%3ART%3D1744808537%3AS%3DALNI_MbKPcOjAwucnNmxNlweIsUUR_w13A&eo_id_str=ID%3D67fcb2e05c188d4d%3AT%3D1744802036%3ART%3D1744808537%3AS%3DAA-AfjZXUWsujJW6SmVkQaxBoUek&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=986896512650&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=2483&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95355973%2C95355975%2C95357426%2C42531705%2C95357877%2C31090956%2C95356661%2C95357715&oid=2&pvsid=2674156363417733&tmod=1662770360&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=7&uci=a!7&btvi=1&fsb=1&dtd=4

“Seperti yang diingatkan secara berhemah oleh Presiden Xi, semasa lawatan beliau sebelum ini dan sekali lagi pada lawatan kali ini, dalam bahasa Melayu, kita katakan, “Air dicincang tidak akan putus.”-BH Online