PUTRAJAYA: Institusi pengajian tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran untuk menghasilkan sesuatu yang lebih hebat, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, amalan berkenaan bukan hanya mendatangkan manfaat kepada IPT itu sendiri tetapi turut memberi kesan positif kepada negara.
“Konsep ini sangat mustahak sebab kita sering uar-uarkan kepada dunia mengenai kepentingannya.
“Jadi, jangan terlalu tertutup dari segi pendekatan bersama ini… jangan masing-masing hendak menjaga universiti dan merasakan universitinya lebih baik daripada universiti lain,” katanya ketika berucap pada majlis Malaysia’s Research Star Award (MRSA) 2025, di sini, malam tadi.-BH Online