Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

NEW YORK: Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini menegaskan semua peraturan perang sudah dilanggar di Gaza.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Gaza mengalami genosid berterusan oleh Israel selama lebih 14 bulan.

“Semua peperangan ada peraturannya. Semua peraturan itu telah dilanggar,” kata Lazzarini dalam hantaran di platform X.

“Serangan terhadap sekolah dan hospital menjadi perkara biasa. Dunia tidak boleh menjadi tidak peduli terhadap hal ini,” tambahnya.

Pesuruhjaya Agung UNRWA seterusnya menekankan bahawa gencatan senjata di Gaza sudah terlalu lama tertangguh.-Bernama