KUALA LUMPUR: Malaysia kekal teguh dalam solidariti dan komitmen terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka membentuk sebuah negara merdeka serta berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendirian itu dizahirkan beliau pada majlis makan malam dianjurkan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali sebagai penghormatan kepada Penasihat Agama kepada Presiden Palestin merangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah Palestin, Dr Mahmoud Sedqi Abdalrahman Alhabbash, semalam.
“Saya turut mengambil kesempatan untuk terus menzahirkan sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin yang selama ini menghadapi pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman.
“Semoga hubungan erat antara Malaysia dan Palestin terus kukuh dan segala usaha mencapai keamanan serta keadilan di bumi Palestin dipermudahkan Allah SWT,” katanya dalam hantaran di media sosial.null– BERNAMA