Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri ini dalam Belanjawan Perak 2025.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata BKK itu akan turut dinikmati Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, ketua kampung dan kakitangan bawah kontrak Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).

Beliau berkata, pemberian bantuan khas itu adalah sebagai penghargaan atas segala bakti dicurahkan seluruh kakitangan negeri ini.

“BKK dua bulan gaji ini adalah berasaskan kepada gaji akhir November 2024 dan akan dibayar pada minggu terakhir Disember tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Perak 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu yang terbesar dalam sejarah negeri ini, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, hari ini.

Peruntukan belanjawan yang mengekalkan tema ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ itu meningkat berbanding RM1.35 bilion sebelum ini.-BH Online