KUALA LUMPUR, 24 November– Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melancarkan Dasar Kanak-Kanak Negara.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata dasar tersebut merupakan langkah memperkukuh usaha menjaga kebajikan kanak-kanak.
Ini termasuk memberi tumpuan kepada aspek perlindungan daripada keganasan, eksploitasi dan pengabaian.
“Kita lihat apa yang berlaku hari ini. Kanak-kanak juga kita biarkan mereka terlibat, penyertaan mereka perlu ada.
Perlindungan untuk kita melakukannya. Itu adalah segera. Selain itu, advokasi juga sedang dijalankan,” kata Nancy kepada pemberita, hari ini.
Datuk Seri Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2024 di ibu negara.
Mengenai struktur kerja Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) yang ditubuhkan oleh KPWKM untuk meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak, Nancy berkata jumlah kakitangan JPKK akan ditambah setiap tahun hingga 2026 bagi membolehkan jabatan itu diiktiraf sebagai jabatan yang beroperasi secara sendirian.-Berita RTM