Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd memeterai perjanjian pinjaman dengan anak syarikat 72 peratus miliknya, FGV Palm Industries Sdn Bhd (FGVPI) untuk menyalurkan pinjaman sebanyak RM260 juta bagi membiayai keperluan perbelanjaan modal FGVPI.

FGVPI ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia pada 14 September, 1955 dengan modal saham terbitan sebanyak RM422.59 juta.

“Aktiviti utama syarikat ini adalah pegangan pelaburan, penyediaan perkhidmatan berkaitan pemprosesan tandan buah segar menjadi minyak sawit mentah dan isirung sawit,” kata FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

FGVPI dimiliki 72 peratus oleh Felda Holdings Bhd dan 28 peratus oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd.-BERNAMA