Debat di antara Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Syahir Sulaiman (PN-Bachok) sah akan berlangsung pada 9 Ogos.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Rafizi menerusi hantaran Facebook.
“Saya telah dimaklumkan bahawa Sdr. Syahir telah menerima semula jemputan saya untuk berdebat setelah mendapat keizinan pimpinan beliau.
“Saya ucapkan terima kasih.
“Platform debat adalah peluang bagi parti-parti membentangkan idea dan tawaran kepada rakyat.
“Maklumat lanjut debat akan dimaklumkan tetapi tarikh setakat ini adalah 9 Ogos 2023.”
Syahir telah menolak undangan pertama untuk berdebat.
Sesi debat ini akan berlaku selepas dua pimpinan kanan Perikatan Nasional – pengerusi Perikatan Nasional Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan pengarah pilihan raya PN, Datuk Seri Sanusi Md Nor menolak cabaran debat dengan Rafizi.