KUALA LUMPUR, 21 September- Hampir 2,000 peserta menyertai program larian ‘Agri-Run’ bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata program larian tersebut menawarkan pengalaman baharu selain mampu menarik lebih ramai pengunjung.
“Begitu meriah sekali tahun ini larian yang pertama diadakan pada waktu malam. Penyertaan hampir 2,000 org lelaki dan wanita.
“Kebanyakan peserta ini lebih kepada kerja amal daripada mengejar hadiah merayakan MAHA ke-100 iaitu MAHA 100 tahun yang dimulakan dari tahun 1923,”katanya.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan program larian lima kilometer ‘Agri-Run’ di MAEPS, Serdang.
Kolaborasi bersama Agrobank itu mengetengahkan amalan hidup sihat menerusi aktiviti sukan selain menawarkan hadiah menarik dan lumayan.-Berita RTM