Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

AMANAH komited memberi kerjasama penuh bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, bulan depan.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata parti komponen Pakatan Harapan (PH) akan bekerja sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kemenangan memihak kepada calon BN.

“Insya-Allah dengan semangat yang ditunjukkan pada hari ini, kita boleh menang. Pilihan raya ini bukan hanya terletak di bahu BN tetapi juga semua parti komponen PH. 

“Jentera parti komponen sedang giat disusun untuk membantu. Saya yakin PH serta AMANAH Kelantan akan berusaha secepat mungkin bagi memberi bantuan pada PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PH PRK DUN Nenggiri, di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 3 dan 13 Ogos.-BH Online