Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan pelantikan dua ahli Lembaga Pengurusan yang baharu bagi penggal bermula 1 Mei 2024 hingga 30 April 2026.

Dua individu itu termasuk bekas pemain hoki negara yang pernah beraksi di temasya Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Suriaghandi Suppiah dan wakil Kementerian Kewangan, Hazlina Ab Aziz.

Suriaghandi adalah bekas Ketua Pegawai Transformasi dan juga bekas Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, KPJ Healthcare Berhad.

Pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada University of Chicago Booth School of Business itu menggantikan Nurul Huda Abdullah yang akan memikul peranan baharu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sukan Selamat di Kementerian Belia dan Sukan.

Sementara itu, Hazlina pula menggantikan Idwan Ariff Abdul Rahman yang memberikan sumbangan bagi tiga penggal lalu.-BH Online