Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh dua minggu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Katanya, laporan penuh pula akan disiapkan dalam tempoh sebulan.

Bangkai helikopter TLDM yang terhempas semalam

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini berbincang dengan mendalam mengenai insiden nahas helikopter TLDM semalam dan Menteri Pertahanan memberi komitmen untuk memberi laporan interim dalam tempoh dua minggu.

“Laporan penuh (nahas dua helikopter TLDM) ini akan siap dalam tempoh sebulan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.-BH Online

10 Anggota TLDM meninggal dunia dalam nahas helikopter di Lumut