Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau persiapan akhir Belanjawan MADANI Kelima (Belanjawan 2027) di Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini.

Belanjawan 2027 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, esok.

Menerusi hantaran di laman sosial beliau, Anwar turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Kewangan yang bekerja keras bagi menyiapkan dokumen penting berkenaan.

“Mudah-mudahan Belanjawan 2027 ini terus memperkukuh ekonomi, meringankan beban rakyat, membuka lebih banyak peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai secara lebih adil,” katanya.

Dalam pada itu, perkongsian berkenaan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan pelbagai harapan menjelang pembentangan esok.

Seorang pengguna media sosial, Ng Ming Lee berharap belanjawan kali ini memberi tumpuan khusus kepada aspek kebajikan, kesihatan dan merangsang ekonomi negara.

​”Semoga Belanjawan Negara 2027 memberi kebajikan rakyat yang lebih baik serta meningkatkan kegiatan ekonomi, pelaburan serta menaik taraf hidup rakyat dan tingkatkan kualiti kesihatan negara,” katanya di ruang komen.

Sementara itu, Sheikul Penanti menanti khabar gembira khusus buat golongan pesara.

​”Semoga ada good news (berita baik) untuk pensioner (pesara),” katanya.

​Seorang lagi pengguna, Haili B Hj Abd Latif turut menyuarakan pandangan agar kerajaan mempertimbangkan perlanjutan umur persaraan.

“Syabas tahniah PMX. Semoga dapat dilanjutkan usia persaraan penjawat awam ke 62 tahun,” katanya. -BH Online