Sorting by

×
Screenshot
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mengisytiharkan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan terbabit.

“Langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan dan kebajikan penduduk yang terjejas,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, kerajaan juga akan terus memantau perkembangan keadaan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksanakan segera.

Katanya, tindakan itu termasuk langkah mitigasi dan penyampaian maklumat serta nasihat kesihatan kepada orang ramai.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai,” katanya. -BH Online