KUALA LUMPUR : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman, di Balai Mengadap Biru, Istana Arau, hari ini.
Turut berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Istana Arau memaklumkan, majlis menghadap ini mencerminkan komitmen berterusan terhadap usaha memperkukuh integriti, akauntabiliti serta tadbir urus yang baik dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
“Ini juga selaras dengan kepentingan memastikan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan
“Dalam konteks pentadbiran negeri, penerapan nilai integriti dan budaya antirasuah elemen penting berpaksikan ‘rule of law’, iaitu kedaulatan undang-undang dalam membina keyakinan rakyat terhadap institusi serta memastikan kelangsungan sistem penyampaian yang cekap, telus dan berakauntabiliti,” kata kenyataan Istana Arau, hari ini.
Abdul Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi mula mengambil alih jawatan dan memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 13 Mei lalu, menggantikan Tan Sri Azam Baki yang tamat perkhidmatan sehari sebelum itu. -BH Online
