Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bimbang perkembangan golongan muda yang tidak memberi keutamaan kepada amalan membaca sebagai budaya penting.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, golongan muda cenderung melayari platform media sosial, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka berdepan permasalahan kompleks.

“Budaya membaca kini menjadi masalah dalam dunia moden. Orang ramai sekarang sudah hilang minat membaca kerana mereka membaca hanya di media sosial.

“Ini menyebabkan mereka menjawab permasalahan kompleks dalam 20 perkataan, mencerca orang, menolak dasar negara… hanya dengan 40 perkataan.

“Ini bahaya dan merugikan, ini bukan pendidikan mahupun bukan tradisi ilmu,” katanya ketika merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh serta Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron.-BH Online