Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

JOHOR BAHRU, 23 Januari– Kira-kira 20,000 mahasiswa anak Pahang yang layak, di institusi pengajian tinggi terpilih seluruh negara, menerima bantuan RM400 secara sekali beri (one-off), melibatkan peruntukkan RM9 juta menerusi Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri bercadang menambah peruntukan dan kadar bantuan kepada pelajar pada tahun depan susulan peningkatan harga barangan keperluan harian.

“Kita memahami bahawa kenaikan kos sara hidup dan harga barangan memberi tekanan kepada pelajar kerana latar belakang mereka yang berbeza. Ada dalam kalangan mereka yang enggan menghubungi ibu bapa kerana tidak mahu membebankan keluarga.

“Pelajar ini sebaliknya terpaksa berjimat dan berdepan kekurangan. Oleh itu, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memastikan tumpuan mereka terhadap pembelajaran tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2026 kepada 538 anak Pahang di Dewan Seri Perdana, Kolej Perdana, UTM di sini.

Selain bantuan kewangan, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang turut menyediakan pelbagai sokongan pendidikan lain termasuk Geran Bantuan Pelajaran sekali beri RM700 kepada prasiswazah dan RM1,200 kepada pasca siswazah.

Sebelum ini kadar bantuan tersebut sebelum ini diberikan secara berperingkat bermula RM200 dan kini dikekalkan RM400 bagi meringankan beban pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi.-Berita RTM